Antara shot yang sempat di upload di musim BOH ini katanya ore kelate..lokasi Pantai Kuala Abang K.T. Singgah sebentar menuju ke muadzam shah..
Thursday, December 30, 2010
OP KAHWIN PERDANA | AZAH & TUAN DAUD | PUTIK 2010
Ini beberapa keping gambar untuk posting terbaru..bertajuk KAHWIN PERDANA anjuran kerajaan Negeri kelantan. Seramai 100 pasangan pengantin di ijabkabulkan pada hari itu.Aku merupakan WALI (kepada adikk ku) dan Official fotografi kepada 100 org pasangan pengantin..heheh client aku adalah adik aku sendiri iaitu AZAH bt. MOHAMED dan Pasangannya TUAN DAUD..tahniah dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..dan tak lupa juga ucapan terima kasih pada gmien a.k.a skodar photograpy kerana offer kat aku untuk jadi OP pada hari tersebut..InsyaAllah
Thursday, November 18, 2010
CUTI-CUTI SEKOLAH & RAYA HAJI....PENING MAKAN DAGING VS PANNING SHOT
Tuesday, November 9, 2010
Shooting..Shooting..pah Ceroh..
Friday, October 8, 2010
.: BALIK KAMPUNG + HILANG TENSION :.
lama sudah rasenya tak balik kampung..selepas raya ni la baru balik kampung lak..semalam lepas kejer kul 5 terus balik ke Kuala Terengganu..kampung ister kat Marang..Letih mmg letih tapi sekurang2nyer dapat la keluar dari terperap kat Muadzam je...emm pagi ni 09102010 bagun solat subuh terus g shoot pandai depan masjid tok Guru Hj. Hadi..Pantai ape tak tahulah..mungkin pantai rusila kot..hehheh.masa tgh shoot jumpa la seorang brader menyapa...tgk2 dia pun nak shoot sekali..nama dia EL Gamillo..borak2 jap n amik contacts dia..mane tau lain kali bleh shoot sekali lagi kat terengganu ni..sempat la tanya2 skill2 shoot sket..thanks for ur info bro..k sekian saje untuk pagi sabtu ni..nak makan la plak..hehhehe..Zasss layan sudey...
Thursday, October 7, 2010
MASJID KRISTAL : RAYA AIDILFITRI : TERENGGANU
Raya Tahun ni merupakan raya pertama di negeri orang (tapi skang ni dah jadi negeri sendiri gak la) hehhehe..walau di mana berada raya tetap sama..cuma sedeh sket la..hehhehe..raya pertama keluar seawal kul 10pagi dan berakhir 10:00mlm..dari Marang : Durian Burung : Paloh : Gong Badak : last sekali pulau ketam (Pulau Duyung)..Sempatla shoot 2,3 snap pemandangan malam MASJID TERAPUNG dari seberang pulau ketam...
Posted backdated..hahahha
Wednesday, October 6, 2010
CHINI vs PANDAN waterfall PHOtOSHOOT...
Satu Photoshoot Trip ke tasek Chini Pahang dan Air terjun Pandan, Panching di kuantan telah berjaya dengan jayanya...Pengembaraan bermula 10:30pagi bertolak ke chini..dan stay kat chini sehingga pukul 2:00 ptg sebelum bertolak ke panching..program tamat pada pukul 5:30..leteh tapi menarik...& tak sabar nak balik tgk + edit pic yang telah di shoot...tima kasih kepada Bro Nadzrul yg telah menjadi pemandu pelancong kpda kami semua...ahli2 yang lain terlibat sama iwan, musliD3100, nida & anak2 nazrul.....nantikan 2nd trip ke Taman negara Endau Rompin dan Sawah padi di mersing..InsyaAllah..
Sunday, June 20, 2010
HARI BAHAGIA BUAT AHMAD & NORANIDA...
Salam..sory lambat post kat sini..ni serba sedikit gambar perkahwinan ku atau lebih saintifiknya hari bahagia aku bersama isteri ku iaitu NORANIDA binti Maliki di satukan...kami telah melangsungkan perkahwinan pada 13 FEBUARI 2010 bersamaan 28Safar 1431H di masjid rusila marang..kami berkenalan sejak tahun 2003 lagi semasa belajar di UitM machang kelantan..di situlah tempat bermulanya perkenalan kami dan sehingga la kini..dan InsyaAllah untuk selamanya hendakNya..Amin...Kepada member2 lain cepat2 la kahwin eh..aku disini hanya mampu berdoa semoga korang semua cepat2 dapat jodoh...Amin...
Thursday, June 17, 2010
CUTI-Cuti Sekolah...
Nampaknya 2 hari lagi nak bukak sekolah..sama la mcm budak2 skolah bile tibe hari nak bersekolah, malas je rasa nak pegi skolah..biasa la bercuti panjang sangat..hehhe..cuti skolah 2 minggu(16 hari) tapi kat kampung cuma 6 hari je..selebihnya kat muadzam ni..huhuhu...yeahh..best2 kat sini..tido solat makan n tido balik bangunla kul 4ptg setiap hari..hahaha..balik kat kelantan pun tak pegi mane2 pun..cume kat umah, melayan karenah anak sedara, ke jeram linang, lata tembakah dan ke majlis member2 kawe..TAHNIAH kepada Pengantin baru HARIZAN(BUJE) dan ANIS, BAHRIN DAN HAWA, UST.WAN dan WANA, ANA dan MIZI..sori ana tak sempat nak pegi daa...pape pun cuti 2 minggu ni pun still tak cukup lagi..kalo bleh nak la cuti sebulan..hahha....jom layan lagu meetunclehusin dgn lagunya "LALaLA BOSAN KERNA KERJA,HARI HARI KERJA,BOSAN..BOSAN AKU DENGAN SIKAP MU"..hahahha
Subscribe to:
Posts (Atom)